Selangor Antara 3 Kelab Sah Ke Separuh Akhir Shopee Cup
MakanBola
Selangor FC

Selangor mengiringi dua lagi kelab yang sudah menempah tiket ke separuh akhir Shopee Cup 2025-2026.

Keputusan seri 1-1 Selangor menentang BG Pathum United pada Rabu berjaya menghantar skuad Gergasi Merah ini ke separuh akhir selaku naib juara kumpulan A hasil kutipan 11 mata.

Jaringan Faisal Halim dan gol sendiri oleh Richmond Ankrah di babak yang kedua membuatkan Selangor dan BG Pathum berkongsi satu mata namun kelab Malaysia ini berjaya untuk mara.

Kemaraan Selangor ini turut mengiringi jaguh dari Thailand, Buriram United yang layak dengan status juara kumpulan A selepas mencatat kemenangan 6-0 ke atas DH Cebu dalam aksi terakhir.

Manakala, satu lagi slot ke separuh akhir telah ditempah lebih awal oleh Nam Dinh selepas pasukan dari Vietnam itu meraih 4 kemenangan berturut-turut dalam aksi kumpulan B minggu lalu.

Tiket terakhir ke separuh akhir tampaknya semakin hampir menjadi milik JDT berdasarkan kedudukan terkini pasukan Harimau Selatan dalam carta kumpulan yang miliki jurang besar.