Aksi Selangor Asia Challenge antara pasukan Selangor dan juga Brunei DPMM mencuri tumpuan.
Skuad bimbingan Nidzam Jamil optimis untuk memulakan debut di Stadium MBPJ yang kini berwajah baharu.
Beliau juga yakin kelebihan beraksi di laman sendiri perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan pasukannya dapat memperagakan aksi terbaik.
Sambil itu, barisan kejurulatihan Brunei DPMM memandang tinggi semua lawan yang beraksi dalam kejohanan ini dan sedia memberikan yang terbaik menentang The Red Giants.
“Peminat juga pasti mahu menyaksikan pasukan beraksi dengan lebih menyerang untuk mendapatkan jaringan,” jelasnya ketika ditemui di Acapella Suite Hotel, Shah Alam.
Kesebelasan Utama Selangor vs Brunei DPMM
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Selangor vs Brunei DPMM
Tarikh: 26 April 2024 (Jumaat)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.