Advertisement
Selangor Bagi Bayangan ‘Nakal’ Berkaitan Faisal Halim
Dunia
MakanBola
Selangor FC

Kelab gergasi Lembah Klang, Selangor FC seakan beri bayangan berkaitan perpindahan pemain sayap negara, Muhammad Faisal Halim ke pasukan itu.

Sebelum ini, banyak desas desus berlegar yang mengaitkan Faisal ke Selangor. Pemain berusia 24 tahun itu dikatakan bakal menguatkan jentera serangan skuad kendalian Tan Cheng Hoe untuk saingan musim hadapan.

Dalam satu hantaran di Instagram, Selangor FC telah mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain Merah Kuning yang telah tersenarai dalam skuad akhir Harimau Malaya menjelang kejohanan Piala AFF 2022.

Gambar terakhir yang dimuatnaik itu memaparkan pemain Selangor, Mukhairi Ajmal dan juga Faisal Halim yang diambil dari sudut belakang. Ia seakan beri bayangan perpindahan Faisal ke Selangor semakin pasti.

Dalam pada itu, pada hari ini Selangor telah mengumumkan pemain baru pertama mereka iaitu Ruventhiran. Selangor dijangka bakal mengumumkan kehadiran muka-muka baharu yang lain dalam masa terdekat.

Selain Ruventhiran, dua tonggak Harimau Malaya iaitu Khuzaimi Piee dan Faisal Halim semakin rapat menyertai keluarga Gergasi Merah.