Selangor Bakal Asah Taring Di Luar Negara
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Dengan musim baru Liga Super bakal bermula pada Mei ini, Selangor FC sibuk mengatur perancangan pra-musim buat para pemain mereka.

Pasukan itu kini bakal mengadakan program pra-musim mereka di luar negara pada awal bulan hadapan.

Ini merupakan sebahagian daripada perancangan jurulatih The Red Giants, Tan Cheng Hoe dalam membina tahap kecergasan pemain sebelum musim bermula.

Advertisements

“Sesi latihan kami setakat ini berada di tahap yang baik. Saya lihat pemain sangat bermotivasi tinggi dan ia menghidupkan suasana yang baik dalam pasukan.

“Pada masa yang sama kami barisan jurulatih telah merancang dengan teliti berkenaan jadual latihan agar kecergasan mereka sentiasa berada di tahap yang terbaik untuk menempuhi sesi pra-musim yang agak panjang kali ini,” katanya.

Advertisements

Ketika ini, sesi latihan pra-musim Selangor disertai barisan pemain termasuk empat pemain baru iaitu Azim Al Amin Kamaruddin, Alvin Fortes, Ronnie Fernandez dan Nooa Laine.

Sementara kumpulan pemain kebangsaan yang menyertai kempen Piala Asia 2023 diberi tempoh rehat oleh pengurusan Merah Kuning. Kumpulan ini bakal melapor diri pada minggu hadapan.

Advertisements

Ini bukan kali pertama Selangor mengadakan kempen pra-musim di luar negara. Musim lalu menyaksikan The Red Giants mengadakan kem pra-musim di Thailand pada Februari 2023.

Kempen pra-musim Selangor di luar negara turut mengambil kira kedudukan barisan pemain bawah 23 tahun (B-23) mereka.

Advertisements

Ini kerana selepas itu, pemain-pemain B-23 Selangor akan dipanggil menyertai skuad Malaysia B-23 sebagai persiapan mengharungi Piala Asia B-23 yang berlangsung pada April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram