Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon menyifatkan pasukan beliau masih belum cukup kukuh untuk mencatatkan kemenangan setiap aksi.
Perkara ini disuarakan oleh Kim Pan-gon selepas perlawanan bertemu Melaka yang menyaksikan The Red Giants hanya mengutip satu mata di laman lawan pada Sabtu.
Beliau turut menyatakan untuk berada di posisi kedua liga musim ini Gergasi Merah harus memenangi semua perlawanan yang masih berbaki.
“Saya rasa kita belum cukup kuat dan mesti bekerja lebih keras. Kita sudah mencuba tetapi kadang-kadang kita tidak dapat mengatasinya.”
“Jika kita mahu mengukuhkan kedudukan di tempat kedua. Aksi seperti ini kita perlu menang,” kata Kim Pan-gon ketika sidang media selepas perlawanan bertemu Melaka pada Sabtu.
Aksi Liga Super minggu ke-19 antara Melaka & Selangor di Stadium Hang Jebat tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan pada Sabtu.