Selangor Berpeluang Asah Taring Berdepan Tan Cheng Hoe?
Asia Tenggara
Selangor FC
Advertisements

Naib Juara Liga Super Malaysia 2023, Selangor FC tiba di bumi Thailand bagi memulakan kempen pra-musim.

Gergasi Merah Kuning memilih Bangkok sebagai destinasi pilihan pasukan untuk melakukan persiapan sebelum kancah Liga Super musim baru ini membuka tirai pada bulan Mei kelak.

Biarpun rancangan pasukan yang bakal beraksi di pentas Asia Champions League 2 (ACL2) itu sedikit terencat rentetan daripada peletakan jawatan ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe baru-baru ini, pasukan Selangor dilihat masih berada di landasan terbaik untuk memulakan kempen 2024/2025.

Advertisements

Di Bangkok kelak, difahamkan Selangor bakal berdepan dengan dua kelab Thailand yang beraksi di Liga Thai 1 & Liga Thai 2. Selangor dikatakan bakal menguji kekuatan berdepan pasukan Police Tero FC dan Samut Prakan FC.

Yang lebih menarik, pasukan Police Tero merupakan pasukan baharu yang mendapat sentuhan bekas jurulatih Selangor sendiri, Tan Cheng Hoe.

Tan Cheng Hoe memilih untuk berhijrah ke Police Tero selepas mencapai kata sepakat dengan Selangor untuk meninggalkan kelab.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram