Selangor Dapat Skuad Terbaik Menentang Kedah
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pasukan Selangor FC bakal menurunkan skuad terbaik apabila berdepan Kedah Darul Aman FC dalam aksi Liga Super musim 2024/25 yang seterusnya.

Ini kerana hampir semua pemain dalam pasukan Merah Kuning disahkan cergas dan bersedia untuk beraksi sekiranya dipilih oleh jurulatih, Nidzam Jamil.

Hanya bek kiri kebangsaan, V. Ruventhiran saja yang masih menjalani proses pemulihan. Bek kiri berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan semasa menyertai kem Harimau Malaya pada Mac lalu.

Advertisements

Disebabkan kecederaan yang dialaminya, namanya terpaksa disisihkan daripada kempen skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar pada bulan lalu.

Nidzam melihat kehadiran ramai pemain yang sebelum ini disisihkan akibat masalah kecederaan amat membantu Selangor menjelang aksi pertama mereka pada hujung minggu ini.

Advertisements

“OK, Alhamdulillah. Perkara baiknya ialah kita dapat kurangkan senarai kecederaan kita. Saya fikir hampir semua pemain cergas kecuali Ruventhiran yang cedera semasa bersama skuad kebangsaan itu hari.

“Selain daripada itu, saya fikir dari segi motivasi dan fokus, kita tidak sabar mengharungi perlawanan kita untuk tahun ini,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman untuk Nadi Bola hari ini.

Advertisements

Selangor bakal membuka kempen Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium MBPJ pada 18 Mei ini.

Kedah telah merekodkan satu kemenangan selepas menewaskan PDRM FC 1-0 di Stadium Selayang pada minggu lepas hasil jaringan pantas Syafiq Ahmad.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram