Selangor Hanya Lepaskan Pemain Bagi Kejohanan Dalam Kalendar FIFA
Malaysia
Selangor FC
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon memberi bayangan bahawa pasukan Selangor hanya akan melepaskan pemain untuk menyarung jersi kebangsaam sekiranya kejohanan tersebut berada dalam kalender FIFA.

Gergasi Merah Kuning pada musim ini dilihat lebih bersikap selektif yang mana fokus mereka kini tertumpu dalam menjaga kebajikan pemain supaya para pemain ini tidak terbeban dengan jadual yang begitu padat.

“Kalau seseorang pemain itu bukan tonggak utama pasukan maka kami boleh pertimbangkan. Tapi untuk kesebelasan utama, kami perlu utamakan cita-cita dan sasaran kelab,” ujar Dr. Johan.

Advertisements

“Daripada segi pembangunan, Liga Super juga bagus untuk perkembangan mana-mana pemain muda.”

“Jadi bagi kejohanan B-23 tahun yang bukan dalam kalender FIFA, kami mungkin hanya akan melepaskan pemain yang kurang minit permainan,” katanya kepada Astro Arena pada majlis memperkenalkan barisan skuad Selangor 2023.

Advertisements

Berdasarkan kenyataan ini, berkemungkinan besar beberapa pemain Selangor tidak akan dilepaskan kelab untuk menyertai kejohanan Sukan SEA di Kemboja dan juga kempen Piala AFF B-23 tahun ini di bawah kendalian jurulatih skuad B-23 kebangsaan, E. Elavarasan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram