Wakil Malaysia, Selangor FC terpisah hampir 73 tangga kepada kelab Korea, Jeonbuk Hyundai Motors.
Skuas kendalian Nidzam Jamil masih memiliki rekod cemerlang apabila meraih 4 mata selepas dua perlawanan pembukaan di AFC Champions League Two (ACL2).
Gergasi Merah bakal berdepan ujian hebat sambil pengendali muda itu optimis untuk memastikan pasukannya bersedia dengan sebaik mungkin apabila turun di laman sendiri.
”Persiapan Selangor seperti biasa sejak pulang dari tugasan antarabangsa dan kami berasa teruja untuk bertemu gergasi Korea ini yang sangat konsisten” kata Nidzam pada sesi sidang media.
The Red Giants juga bakal turun tanpa khidmat 4 pemain utama iaitu Noor Al Rawabdeh dan Mukhairi Ajmal di bahagian tengah selain kapten, Safuwan Baharuddin dan Alvin Fortes turut diketepikan.
”Seperti yang sudah dipastikan oleh doktor pasukan, kita kehilangan Noor Al Rawabdeh akibat kecederaan ACL selama 9 bulan,” tambahnya.
Selangor kini menghuni tangga ke-99 Asia berdasarkan laman Opta Analyst dengan 69.8 mata (ke-1090 dunia) selain terpisah 73 tangga dengan Jeonbuk berada pada kedudukan ke-26 Asia dengan 75.8 mata.
Pasukan bimbingan Kim Do-heon itu kini berada pada tangga teratas kumpulan dengan 6 mata selepas dua perlawanan termasuklah ketika menewaskan Muangthong United dengan keputusan 4-1.
Aksi antara Selangor dan Jeonbuk Hyundai akan berlangsung pada 23 Oktober 2024 jam 8 malam di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.