Selangor FC meletakkan sasaran realistik dalam menghadapi AFC Champions League Two (ACL2) edisi 2024/2025.
Perkara itu disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon dalam satu temubual bersama Astro Arena.
Johan berkata Selangor telah menetapkan sasaran untuk melepasi peringkat kumpulan demi membawa nama Selangor dan Malaysia.
“Sasaran ralistik adalah kita melepas peringkat kumpulan, tetapi kami akan berikan yang terbaik untuk bawa nama Selangor dan Malaysia.
“Ini cabaran untuk Nidzam Jamil juga untuk tunjukkan kebolehan dia, ini landasan untuk dia belajar perkara baru serta untuk membawa pasukan lebih jauh lagi,” jelas Johan seperti yang dikongsikan Stadium Astro.
Selangor FC yang diundi dalam Kumpulan H bagi saingan Zon Timur AFC Champions League Two dijadualkan bakal berdepan gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC, Muangthong United (Thailand) dan kelab Filipina, Dynamic Herb Cebu FC.
Ini adalah kali pertama Selangor beraksi di pentas Asia selepas kali terakhir mereka melakukannya adalah pada tahun 2016.