Selangor Mahu Leburkan Rekod Hambar Lawan PDRM
Dunia
Azri / MakanBola
Advertisements

Menjelang aksi terakhir Liga Super menentang PDRM FC, Selangor FC berharap dapat menutup kempen musim 2023 dengan kemenangan.

Bagaimanapun, PDRM sudah membuktikan mereka bukan pasukan yang patut dipandang enteng dengan menewaskan Selangor dua kali pada musim ini.

Ini termasuk kemenangan 1-0 ke atas The Red Giants dalam liga pada 3 Jun lalu. Gol tersebut disumbang oleh penyerang berdarah Brazil-Jepun, Bruno Suzuki.

Advertisements

Selain itu, Sang Saka Biru juga segar daripada kejayaan menggondol gelaran juara Challenge Cup baru-baru ini.

Justeru, pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe mahu anak-anak buahnya bukan saja kekal fokus bila menentang PDRM esok.

Malah, para pemain perlu memberikan yang terbaik agar dapat menghadiahkan kemenangan perlawanan terakhir liga kepada penyokong.

Advertisements

“Sepanjang musim ini, fokus pasukan sudah cukup terbaik. Dan kita pun tahu perlawanan terakhir ini (menentang PDRM), ramai penyokong akan hadir dan memberi sokongan kepada kita.

“Dan kita pun tak nak menghampakan penyokong yang hadir ke Stadium MBPJ sebab kita nak (pemain beri) 100% tumpuan dan persediaan,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

Naib juara Liga Super itu bakal bersemuka dengan Sang Saka Biru pada Ahad ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram