Selangor Mahu Rayu Pengurangan Hukuman
Liga Super
Azri / MakanBola
Advertisements

Selangor FC bakal mengemukakan rayuan kepada FAM susulan hukuman yang dijatuhkan Jawatankuasa Tatatertib FAM ke atas mereka baru-baru ini.

The Red Giants dikenakan denda RM23,000 untuk tiga kesalahan iaitu kerosakan pada kenderaan pegawai perlawanan, gagal menjaga keselamatan kumpulan pengadil dan insiden penyokong membaling botol terhadap pengadil.

Selain tiga kesalahan ini, beberapa staf sokongan pasukan Selangor turut dikenakan denda dan penggantungan perlawanan yang lama oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Advertisements

Justeru, CEO Selangor, Alaudden Mostafa berharap FAM bersedia mempertimbang rayuan pengurangan hukuman pasukan itu memandangkan ini kesalahan pertama mereka.

“Kami berharap dapat membuat rayuan hukuman yang berkait dengan pegawai (pasukan). Jadi, kita akan cubalah sebab itu kesalahan pertama mereka.

“Kita juga akan ambil kira suasana yang berlaku pada hari itu. Kita akan cuba buat rayuan dan saya harap Jawatankuasa (Tatatertib) FAM dapat mempertimbangkanlah rayuan kami.

Advertisements

“Sebab secara dalaman, kita pun sudah ambil tindakan. Sebagai contoh, kita pun sudah kenakan denda terhadap sesetengah staf kita yang terlibat. Jadi, harapnya ini (akan jadi) satu pengajaran kepada semua,” katanya kepada Nadi Arena.

Selain Selangor, bekas awang import mereka, Yazan Al-Arab juga dikenakan hukuman penggantungan seumur hidup oleh FAM selepas tindakannya menendang pengadil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram