JDT Dan Selangor Didenda FAM
FAM
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC menerima perkhabaran buruk apabila dikenakan denda oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perkara tersebut telah dikongsikan FAM dalam satu siaran media sebentar tadi selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM bermesyuarat kali ke-14 bagi penggal 2021-2025 yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

JDT dikenakan denda atas dua kesalahan yang melibatkan perlawanan futsal dan perlawanan Final Piala FA 2023. Manakala Selangor pula dikenakan tiga pertuduhan selepas insiden yang berlaku pada aksi Suku Akhir 2 Piala Malaysia 2023 di antara Selangor dan Terengganu FC.

Advertisements

Untuk kesalahan pertama JDT,  penyokong mereka dikesan telah mengejek, melakukan provokasi terhadap penyokong pihak lawan dan kemudiannya telah mengerumuni, mengejar dan menyerang penyokong pihak lawan sebelum sempat mereka menaiki bas semasa perlawanan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023, Johor Darul Ta’zim lwn Selangor MAC di Stadium Bandaraya Pasir Gudang pada 27 Mei 2023.

Manakala kesalahan kedua pula adalah disebabkan kegagalan untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga menyebabkan seorang penyokong pasukan Kuala Lumpur City FC telah dipukul oleh individu yang tidak dikenal pasti sehingga menyebabkan kecederaan yang serius semasa Final Piala FA 2023.

Untuk setiap satu kesalahan ini, JDT dikenakan denda RM15,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Walau bagaimanapun, keputusan ini boleh dirayu.

Advertisements

Untuk Selangor, pertuduhan pertama yang dikenakan ke atas mereka adalah menyebabkan cermin belakang kereta Pegawai Perlawanan pecah kerana dilontar dengan sebiji batu semasa diletakkan di kawasan parkir berhadapan pentas utama stadium.

Untuk pertuduhan pertama, Selangor dikenakan denda RM10,000. Bagi pertuduhan kedua, Selangor dikenakan denda RM3,000 selepas insiden baling botol air yang datang dari kawasan tempat duduk penonton ke arah Pegawai Pertandingan.

Manakala pertuduhan ketiga adalah pihak Selangor gagal memastikan keselamatan Kumpulan Pengadil selepas perlawanan tamat. Mereka dikenakan denda RM10,000 denda untuk pertuduhan ini.

Advertisements

Selangor diberikan amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Ketiga-tiga denda ini tidak boleh dirayu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram