Pemain Selangor menafikan bahawa nasib pasukan persis kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United.
Skuad kendalian Nidzam Jamil menamatkan saingan minggu 13 Liga Super dengan satu mata apabil terikat 1-1 menentang PDRM di Selayang.
Gergasi Merah kini menghuni tangga kedua liga dengan 26 mata sambil terpisah hanya 5 mata dengan pendahulu, JDT yang mengumpul 31 mata ketika ini.
Menerusi satu hantaran oleh PKNS Corporation, pemain Selangor memberi respon selepas pasukan Lembah Klang itu dikatakan memiliki nasib yang sama seperti The Red Devils.
Pemain muda Selangor, Aliff Izwan beranggapan bahawa prestasi pasukannya adalah jauh lebih baik berbanding pasukan kendalian Erik Ten Hag.
“Eh tak, Manchester United banyak kalah. Selangor pula banyak menang,” jelas Aliff Izwan kepada PKNS Corporation dengan nada berseloroh.
“Saya tak pernah pandang Manchester United. sebab saya penyokong Chelsea. Nak katakan Selangor dan Man United itu sama memang tidaklah. Media kita lagi baik,” ujar Aliff Haiqal Lau.
Selangor kini menghuni tangga kedua Liga Super sementara mengekalkan rekod bersih dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) dengan 4 mata daripada dua perlawanan.
Ujian berikutnya buat anak buah Nidzam Jamil adalah menentang wakil Korea, Jeonbuk Hyundai pada 23 Oktober jam 8 malam.