Selangor FC mencatatkan kemajuan memberangsangkan apabila memintas kedudukan kelab gergasi Australia.
Skuad kendalian Katsuhito Kinoshi cemerlang dalam 5 aksi terakhir termasuklah ketika mara ke pentas separuh akhir MFL Challenge Cup 2024.
Gergasi Merah terus mencatatkan kemajuan di bawah kendalian jurulatih Jepun terutamanya ketajaman pada bahagian serangan.
Kemas kini laman Opta Analyst menunjukkan Selangor mencatatkan peningkatan ranking kelab di Asia apabila menghuni tangga ke-108 ketika ini dengan 71.0 mata.
Selangor juga menjadi pasukan kedua terbaik dari Malaysia dan keempat di Asia Tenggara selepas JDT (10), Buriram United (45) dan Bangkok United (79).
Kemajuan ini menyaksikan Selangor berada pada kedudukan lebih baik berbanding kelab Thailand seperti Port (120), BG Pathum (121) dan Muangthong United (136) selain memintas kedudukan kelab gergasi Australia, Macarthur (109).
Perjalanan The Red Giants dalam saingan ACC Champions League Two (ACL2) bagaimanapun telah berakhir pada peringkat kumpulan selepas menamatkan saingan di tempat ketiga.
Selangor kini memiliki peluang untuk menjulang trofi Challenge Cup setelah mara ke pentas separuh akhir.