Selangor Rasmi Berpisah Dengan Khuzaimi Piee
MakanBola
Selangor FC

Selangor mengumumkan perpisahan secara rasmi bersama pertahanan kental, Khuzaimi Piee.

Menerusi sebuah kenyataan pada tengah malam Rabu, pihak Selangor FC mengucapkan selamat tinggal kepada Khuzaimi Piee di atas segala jasa serta sumbangan selama dua musim bersama.

”Hari ini, kita mengucapkan selamat jalan kepada Khuzaimi Piee, atau lebih dikenali sebagai Jimmy, yang secara rasmi menamatkan perjalanan dua musimnya bersama keluarga Gergasi Merah,” umum Selangor FC.

“Terima kasih atas setiap peluh, setiap langkah demi lencana di dada dan kesetiaan yang tidak pernah luntur.”

Justru, pihak pengurusan Selangor mengambil kesempatan bagi mengucapkan semoga berjaya untuk Khuzaimi Piee di dalam perjalanan karier beliau pada masa yang akan datang.

“Selamat maju jaya, Khuzaimi! Semoga terus cemerlang di mana jua anda berada,” ujar pihak kelab dalam kenyataan sama.

Menurut laman Transfermarkt, Khuzaimi Piee hanya sekadar beraksi sebanyak 4 kali bersama Selangor musim lalu gara-gara bergelut untuk merebut tempat di dalam pasukan akibat kecederaan.

Masa hadapan pemain berusia 32 tahun ini masih menjadi tanda tanya tatkala beberapa khabar angin mengatakan Khuzaimi Piee akan kembali menyertai bekas pasukannya, Negeri Sembilan.