Selangor Sambar Bintang Cilik, Benzema
MakanBola
Akademi Bolasepak Wira Muda

Akademi Selangor FC terus sibuk menambah pemain baharu dengan merekrut bintang Akademi Bolasepak Wira Muda (AWM), Benzema Zulkarnain.

Berita ini dikongsikan pengurusan AWM menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka.

Benzema merupakan seorang penyerang yang memiliki kaki kiri yang berbisa dan mampu menggalas peranan sebagai peledak utama.

“Benzema Zulkarnain atau mesra dipanggil Ben dengan ini sah berdaftar dan menandatangani kontrak bersama Akademi Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

“Benzema mula mendaftar sebagai pelatih AWM sejak berumur 11 tahun dan mula menjadi pemain utama sejak dari itu.

“Benzema merupakan seorang pemain berkaki kidal yang cukup berbakat dan merupakan tonggak pemain penyerang bagi pasukan yang disertainya.”

Benzema menjadi pemain terbaru yang direkrut akademi Merah Kuning. Sebelum ini, mereka juga berjaya mendapatkan anak legenda Selangor, Razman Roslan.

Ini selepas Razman memaklumkan puteranya, Muhammad Aryan Rizqi Mohd Razman menyertai akademi Selangor pada Mac lalu.