Selangor Terpaksa Bayar Trofi Juara Dengan Harga Mahal
Persahabatan
Selangor FC
Advertisements

Meskipun berjaya menggondol gelaran juara Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 semalam, Selangor FC terpaksa membayar kejayaan itu dengan harga yang mahal.

Ini selepas jurulatih pasukan, Nidzam Jamil mendedahkan pasukan itu terpaksa melupakan khidmat pemain muda, Aliff Izwan Yuslan selama enam minggu.

Pemain tengah Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) itu terpaksa disisihkan kerana mengalami kecederaan metatarsal.

Advertisements

Nidzam turut memaklumkan Aliff Izwan menjalani pembedahan untuk membantu pemulihan kecederaan metatarsalnya.

Meskipun risau dengan tahap kecederaan yang dialami pemain berusia 20 tahun itu, beliau percaya Aliff Izwan akan pulih dan kembali membantu Selangor bila saingan Liga Super musim 2024/25 bermula.

Advertisements

“Saya rasa sekarang dia menjalani pembedahan. Dia ada sedikit kecederaan di metatarsal dia di mana saya agak risau juga.

“Tapi kata doktor, dia boleh lakukan pembedahan lebih awal. Jadi, saya harap dia dapat kembali semula dalam tempoh enam minggu,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi selepas perlawanan menentang Young Elephants semalam.

Advertisements

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan besar 4-0 Selangor ke atas kelab Laos itu. Alvin Fortes, Safuwan Baharudin, Faisal Halim dan Syahir Bashah mencipta nama sebagai penjaring.

Selangor muncul juara SAC 2024 selepas mengumpul 14 mata daripada dua perlawanan. Selain berjaya menewaskan Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) dan Young Elephants, Merah Kuning turut menjaringkan lapan gol.

Advertisements

Sementara Balestier Khalsa pula muncul naib juara selepas hanya mengumpul lapan mata. Ini selepas pasukan itu merekodkan kemenangan tipis ke atas The Elephants dan seri 3-3 dengan DPMM.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram