Selangor Wajib Capai Sasaran Ke Asia
MakanBola
FAS Selangor
Sponsors

Gergasi merah kuning bakal meneruskan cabaran untuk merebut slot ke Asia untuk musim ini. Demikian seruan yang diutarakan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon yang mahu semua pihak menjadikan misi ke Asia itu sebagai keutamaan.

Johan berkata pasukan Merah Kuning akan memanfaatkan khidmat pemain muda yang sedia ada. Tahun ini Selangor perlu melunaskan misi yang tertangguh iaitu ke menempatkan diri ke Liga Juara-Juara Asia atau Piala AFC.

Ad
Sponsors

“Kita akan menggunakan pemain muda yang majoritinya sudah beraksi dalam pasukan utama. Sekarang ini, mereka wajib capai sasaran beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia atau Piala AFC. Tekanan memang ada namun itu bukanlah masalah kerana pasukan sudah semestinya bekerja keras untuk mencapai sasaran itu.”

Ad

Johan dalam pada itu menegaskan bahawa semua pihak perlu memainkan peranan penting dalam membantu pasukan. Tambahan, penyokong Selangor juga memahami usaha yang sedang dibuat pihak pengurusan.

“Perkara penting, semua pihak perlu mengambil tanggungjawab itu dan alhamdulillah penyokong memahami usaha yang sedang dilakukan Selangor FC.”

Ad

CEO Selangor FC itu yakin dengan keupayaan pemain-pemain muda. Bagi beliau sudah sampai waktu yang sesuai untuk prospek muda ini didedahkan dengan kejohanan di peringkat Asia.

Ad

“Mereka beraksi dengan baik bersama pasukan utama sekali gus sudah tiba masanya kita memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk menggalas tanggungjawab lebih besar lagi pada musim 2022.”

Ad

“Sudah tentunya, tonggak import yang baharu kita ambil akan membantu pasukan mencapai matlamat dan memberi tunjuk ajar kepada pemain muda,” kata Johan kepada Harian Metro.