Seluruh Stadium Kaku Lihat Gol Cristiano Ronaldo
TV
Al-Nassr FC
Advertisements

Legenda Portugal, Cristiano Ronaldo terus membuktikan dirinya terus berbisa sebagai peledak gol pada usia 38 tahun.

Penyerang Al-Nassr itu mencuri tumpuan ramai apabila melambungkan bola dari luar kotak penalti ke gawang kosong pihak lawan selepas mengatasi penjaga gol Paulo Vitor.

Gol tersebut terhasil dalam perlawanan terbaru Saudi Pro League membabitkan Al-Alami dengan Al-Okhdood yang berlangsung pada awal pagi tadi.

Advertisements

Video gol tersebut tular di media sosial dan ramai berpandangan gol cantik bekas penyerang Manchester United itu sebagai gol terbaik untuk musim ini.

Ronaldo menyumbat dua gol dalam perlawanan itu pada minit ke-77 dan 80. Satu lagi gol Al-Nassr disumbang oleh Sami Al-Najei.

Beliau kini menjaringkan 15 gol dan mencipta tujuh bantuan gol dalam Saudi Pro League musim ini.

Advertisements

Kemenangan ini merapatkan jurang Al-Nassr dengan Al-Hilal kepada satu mata. Al-Alami berada di tangga kedua dengan 34 mata.

Ini pastinya akan memberi motivasi kepada Ronaldo dan Al-Alami bila mereka turun menentang Persepolis untuk perlawanan ACL seterusnya pada 27 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram