“Semua Nak Malaysia Ke Olimpik, Tapi Lihatlah Realiti – Yusoff Mahadi
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah cuba untuk membantu sehabis baik bagi merealisasikan impian mara ke sukan Olimpik Paris tahun 2024.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkenaan sasaran yang ditetapkan untuk skuad b-23 Malaysia mara hingga ke peringkat separuh akhir Piala Asia B-23.

Beliau yakin FAM sudah cuba sehabis baik untuk memberikan persiapan rapi kepada skuad muda negara bagi mengharungi kejohanan besar di Asia.

Advertisements

“FAM sudah melakukan sehabis baik untuk memastikan sebuah pasukan yang baik dapat dibentuk bagi menghadapi sesuatu kejohanan.”

“Walau bagaimanapun, apa-apa yang berlaku dalam sesuatu kejohanan itu berada di luar kawalan kita (FAM). Kita juga memberi tanggungjawab kepada jurulatih untuk melakukan persiapan rapi.”

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa faktor perkara yang dirancang tidak menjadi kenyataan juga boleh menjadi titik tolak kepada respon pelbagai yang diberikan oleh peminat.

Advertisements

“Waktu perlawanan menentukan sama ada sesebuah pasukan itu mampu atau tidak mampu. Semua orang mahu melihat Malaysia layak ke Olimpik tetapi kita perlu melihat kepada realitinya.”

“Kita bersaing dengan pasukan yang hebat. Kita dalam proses untuk menyediakan sebuah pasukan yang mampu untuk bersaing dengan mereka,” ujarnya ketika ditemui pada majlis Amateur Football League hari ini.

4 pasukan berpeluang layak dengan dua pasukan yang mara ke perlawanan akhir dan pasukan di tangga ketiga secara automatik layak ke Sukan Olimpik.

Advertisements

Sebuah pasukan yang tewas ketika penentuan tempat ketiga akan melalui satu perlawanan play-off menentang pasukan dari Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram