“Semuanya Bermula Di Sini, 1 Tahun Lalu Saya Sertai JDT” – Luis Garcia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia menghargai pengalaman bersama pasukan itu selepas setahun memikul jawatan berkenaan.

Pengalaman itu dikongsikan legenda Liverpool itu menerusi satu hantaran di semua platform rasmi miliknya.

Garcia menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberi untuk memimpin pasukan selatan tanah air itu.

Bekas pemain Barcelona itu turut menyatakan penghargaan kepada Kiko Insa dan jurulatih JDT, Xisco Munoz kerana membantu beliau memahami budaya dan standard pasukan.

“(Saya) amat menghargai Bos (Tunku Ismail) atas peluang, kepercayaan dan berkongsi visi baginda dengan saya.

“(Terima kasih) kepada Kiko dan Xisco kerana membantu saya memahami budaya, standard dan cara pasukan. (Terima kasih juga) kepada semua pemain dan staf kerana menjadikan saya sebahagian daripada perjalanan indah ini,” katanya di Facebook.

Garcia juga berbangga dengan kejayaan JDT menggondol empat trofi termasuk Piala Malaysia. Pada masa sama, beliau melihat pencapaian ini sebagai pemangkin buat pasukan itu tampil lebih cemerlang selepas ini.

Claim Money Packet TnG