Lapan kelab Thailand berjaya mendapatkan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk musim 2025/26.
ASEAN Football melaporkan lapan kelab tersebut ialah Buriram United, BG Pathum United, Bangkok United, Muangthong United, Ratchaburi, Chonburi, Port FC dan Chiangrai United.
Lesen tersebut membolehkan kelab-kelab Thailand ini bersaing di peringkat Asia pada musim hadapan.
Thailand memiliki dua wakil ke Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) iaitu Buriram dan Bangkok United. ACL2 pula menyaksikan penyertaan BG Pathum dan Ratchaburi.
Buriram layak secara elit ke ACLE sebagai juara Thai League 1. Bangkok United pula layak selaku naib juara liga selepas slot kedua diberi kepada pasukan itu.
BG Pathum dan Ratchaburi masing-masing layak ke ACL2 selepas menduduki tempat ketiga dan keempat. Ratchaburi diberi slot tambahan selepas tiada kelab Korea Utara yang layak.
Meskipun berstatus pendatang baharu liga pada musim depan, Chonburi memastikan mereka mendapat lesen AFC untuk musim 2025/26.