Senarai Penuh 7 Lawan Handalan JDT Di Sepanyol
Eropah
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menempuh 7 perlawanan mencabar bagi aksi pra-musim di Sepanyol.

Skuad kendalian Hector Bidoglio terbang ke Alicante, Sepanyol bermula 14 April 2024 dalam usaha memantapkan persiapan pasukan menjelang musim baharu.

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjalani kempen pra-musim di Sepanyol dari 14 hingga 30 April dengan tujuh perlawanan persahabatan bakal dihadapi dalam tempoh dua minggu.”

Advertisements

“Harimau Selatan akan berpangkalan di Melia Villaitana Football Centre di perbandaran Benidorm di Alicante, Sepanyol.”

Senarai lawan yang bakal menjadi ujian skuad Harimau Selatan akhirnya diumumkan dengan pasukan dari Divisyen 2 hingga Divisyen 6 menanti JDT.

Pasukan milik DYAM Tunku Mahkota Ismail akan memulakan cabaran pada 17 April 2024 pasukan Divisyen 3, Real Murcia CF sebelum menentang CF La Nucia (Divisyen 4) sehari berselang.

Advertisements

Ujian berikutnya adalah pada 22 April apabila JDT akan beraksi berdepan UD Castellonense (Divisyen 5), CD Alcoyano iaitu pasukan Divisyen 3 dan juga CD Eldense (Divisyen 2) pada 25 April 2024 seperti yang dilaporkan oleh Marbella Football Centre.

Dua aksi terakhir pasukan menyaksikan JDT akan berdepan Club Costa City dan juga CF Benidorm (Divisyen 6) masing-masing pada 29 April 2024.

7 perlawanan ini bakal menjadi persediaan pasukan menjelang sepak mula 10 Mei 2024 bagi aksi Piala Sumbangsih selain misi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bakal menjadi ujian hebat pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram