Langkah JDT Ke Sepanyol Sudah Bermula
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Langkah juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal terbang ke Sepanyol sudah pun bermula.

Skuad kendalian Hector Bidoglio kini dalam persiapan akhir sebelum melangkah ke luar negara bagi aksi pra-musim.

Sebelum ini, JDT sudah pun mengharungi aksi persahabatan antarabangsa di Johor Bharu menentang tiga lawan handalan Asia Tenggara iaitu Lion City Sailors, Chonburi dan juga Police Tero FC.

Advertisements

Wakil Malaysia di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) itu memaklumkan bahawa mereka bakal berkampung selama dua minggu di sekitar Alicante, Sepanyol.

Skuad Harimau Selatan juga akan menguji kekuatan sebenar pasukan menerusi tujuh siri perlawanan persahabatan sepanjang berada di sana.

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjalani kempen pra-musim di Sepanyol dari 14 hingga 30 April dengan tujuh perlawanan persahabatan bakal dihadapi dalam tempoh dua minggu.”

Advertisements

“Harimau Selatan akan berpangkalan di Melia Villaitana Football Centre di perbandaran Benidorm di Alicante, Sepanyol.”

JDT yang sudah pun menjalani persiapan pra-musim di Timur Tengah sebelum ini memilih untuk membawa hakian baharu ke Sepanyol selepas difahamkan dapat menggunakan segala fasiliti di sana secara percuma.

“Selepas kempen pra-musim yang menggalakkan sebelum ini di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, JDT teruja untuk menghadapi cabaran baharu di Sepanyol untuk persiapan skuad Harimau Selatan menghadapi musim 2024-25,” ujar satu kenyataan di laman Johor Southern Tigers.

Advertisements

JDT akan memulakan aksi pertama saingan musim 2024/25 bagi aksi Piala Sumbangsih menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram