Senegal Terima Ganjaran Hampir RM550 Ribu & Tanah
MakanBola
FSF

Senegal menerima durian runtuh selepas bergelar juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 baru-baru ini.

Actu Foot melaporkan Presiden Senegal, Bassirou Diomanye mengumumkan ganjaran hadiah kewangan berjumlah €115,000 (RM546,000) dan sebidang tanah yang berkeluasan 1,500 meter persegi di wilayah Dakar.

Ganjaran ini diberi kepada para pemain yang membantu Singa Teranga bergelar juara buat kali kedua dalam sejarah kejohanan itu.

Ahli Persekutuan Bola Sepak Senegal (FSF) pula menerima ganjaran €75,000 (RM354,000) dan lot tanah berkeluasan 1,000 meter di wilayah sama.

Diomanye turut mengumumkan semua ejen Kementerian Sukan Senegal yang mengiringi pasukan itu ke AFCON berkongsi hadiah €465,000 (RM2.2 juta) dan tanah.

Senegal muncul juara dengan menewaskan tuan rumah, Maghribi 1-0. Kejayaan pasukan Afrika Barat itu turut dibantu dengan nasihat bernas bekas jurulatih Harimau Malaya, Claude Le Roy.

Claim Money Packet TnG