Seorang Lagi Import JDT ‘Tewas’
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kemenangan berharga JDT dalam aksi Liga Super ke-18 berdepan Selangor terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila seorang lagi pemain import pasukan mengalami kecederaan.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu menyaksikan anak didik Tano Solari meneruskan rekod bersih dengan kemenangan 2-0.

Advertisements

Kejayaan mencatat kemenangan ke-18 musim ini menyaksikan Harimau Selatan kehilangan seorang lagi watak penting pasukan.

Sebelum ini, dua peledak berbisa JDT, Fernando Forestieri terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan yang agak serius.

Advertisements

Kejayaan kali ini bagaimanapun menyaksikan perancang tengah berbakat, Leandro Velazquez juga mengalami kecederaan serius.

Beliau dilihat terpaksa diusung keluar pada babak kedua permainan sekaligus menggambarkan tahap kecederaan yang agak serius.

Advertisements

Lenadro hanya bertahan selama 65 minit di atas padang sebelum digantikan oleh rakan sepasukan, Endrick Dos Santos.

Pada musim ini, pemain berusia 33 tahun itu telah beraksi sebanyak 860 minit dan mencatat 6 bantuan gol buat JDT.

Advertisements

Kehilangan beliau bakal memberi tamparan hebat buat pasukan yang bakal beraksi di Piala Malaysia berdepan Kelantan.

News Comments Account