Seorang lagi pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) dikesan memiliki darah Malaysia.
Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents mengenai pemain Luton Town, Elliot Thorpe yang difahamkan memiliki pertalian dengan Malaysia.
Beliau merupakan pemain kelahiran Wales-Malaysia yang kini mengemudi jentera tengah Luton Town selain pernah berkelana bersama beberapa akademi terkemuka di England.
Pemain versatil berusia 23 tahun itu boleh beraksi pada beberapa posisi serangan iaitu pemain tengah, pemain tengah menyerang dan juga beberapa kali diturunkan selaku wing-back.
Menerusi laporan oleh Frfuturetalents, Elliot memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi nenek kandungnya namun masih boleh mewakili Wales susulan pertalian dengan ibunya.
Pemain kelahiran Hinchingbrooke, England ini sudah beraksi bersama pasukan B-21 Wales selain turun beraksi beberapa kali musim ini bersama pasukan.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin meletakkan garis panduan ketat kepada mana-mana pemain warisan yang ingin mewakili Malaysia.
“Warisan atau tidak, kalau beliau (Kim Pan-gon) rasa terbaik pilihlah. Jika beliau rasa Stuart Wilkin layak berbanding pemain lain, maka beliau panggil.
“Kim Pan-gon tak ada memberikan saya mana-mana pemain warisan secara khusus,” jelas Hamidin ketika sesi temu bual eksklusif bersama MakanBola.