Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul T’zim (JDT) bakal menerima seorang lagi pemain naturalisasi bagi musim 2024/25.
Perkara ini disahkan oleh pemilik kelab JDT, DYAM TMJ berkenaan perancangan dan hala tuju pasukan bagi musim baharu.
Skuad Harimau Selatan aktif berbelanja dan mengumumkan ketibaan pemain import apabila terbaru mengesahkan khidmat pemain sayap lincah, Fernando Forestieri dikekalkan.
Menerusi komen yang ditinggalkan oleh DYAM TMJ pada hantaran Forestieri, baginda mengesahkan beberapa perkhabaran baharu mengenai perjalanan pasukan musim ini.
“JDT dah tandatangani tiga 3 pemain import baharu. Seorang akan dipinjamkan, lagi dua sampai Jun.”
Skuad Harimau Selatan juga bakal menandatangani seorang pemain tempatan namun akan dipinjamkan semula untuk mendapatkan minit bermain sementara seorang lagi pemain naturalisasi bakal bersama JDT.
“Seorang pemain tempatan telah ditandatangani dan dipinjamkan bagi mendapatkan minit bermain. Lagi satu naturalisasi dalam skuad JDT. 40%,” ujar DYAM TMJ pada ruangan komen.
JDT sebelum ini telah mengumumkan pengurangan perbelanjaan bagi musim baharu sehingga 40 peratus termasuklah melepaskan beberapa staf dan pemain ke kelab lain.