JDT Umum Kemunculan Semula Fernando Forestieri
Transfer
Johor Southern Tigers
Advertisements

Masa depan penyerang berbisa JDT, Fernando Forestieri bersama pasukan terjawab apabila sah bakal kekal bersama pasukan bagi musim 2024/25.

Pemain berusia 34 tahun itu pada awalnya disahkan tidak lagi kekal bersama pasukan itu bagi saingan musim baharu.

Skuad Harimau Selatan bagaimanapun membuat keputusan mengejutkan apabila mengesahkan bahawa bekas bintang Udinese itu akan terus bersama pasukan.

Advertisements

Menerusi satu pengumuman rasmi oleh Johor Southern Tigers, Forestieri akan kekal menjadi pilihan untuk mengemudi jentera serangan JDT.

Ketika ini, JDT sudah mengumumkan 4 orang pemain import baharu termasuklah yang terbaru iaitu Nicolao Dimitru.

Impak Forestieri sudah pasti terus ditagih untuk memantapkan jentera serangan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Advertisements

Beliau telah menjaringkan 47 gol dan 21 bantuan jaringan menerusi 69 penampilan dengan JDT sepanjang dua musim bersama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram