Advertising
Seorang Pemain Tengah Bertaraf Tinggi Bakal Perkuat Sri Pahang
MakanBola
Sri Pahang FC

Sri Pahang FC kini berusaha mendapatkan pemain tengah berkualiti tinggi sebagai penambahan terakhir kepada skuad mereka.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Dollah Salleh kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom untuk Nadi Arena.

Ad

Dollah memaklumkan rundingan antara pemain tersebut dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Abdul Rahman ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah kini berada di peringkat akhir.

Ad

Sekiranya rundingan membabitkan kedua-dua pihak berjalan lancar, pemain yang tidak didedahkan identitinya itu bakal menjadi pemain terakhir menyertai Sri Pahang untuk musim 2024-2025.

“Kalau kita dapat pemain ini, kalau tanya sayalah, bahagian tengah Sri Pahang bakal menjadi salah satu yang terbaiklah (di Malaysia).

Ad

“Kalau kita gandingkan dengan Azam Azih dekat situ bersama beliau, kemantapan Sri Pahang bakal lebih mantap untuk tahun ini,” katanya.

Ad

Sri Pahang sebelum ini telah mendapatkan Azfar Arif Mohd Sukri, Asnan Ahmad, Adam Nor Azlin, Sean Selvaraj, Hasnul Zaim Zafri dan pemain import Ukraine, Mykola Ahapov.

Ad

Skuad Tok Gajah turut berjaya mendapatkan Syazwan Andik, Azrif Nasrulhaq dan Izham Tarmizi Roslan secara perpindahan kekal selepas berpindah secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) musim lepas.