Ads
Hiburan
Boston Street FC

Satu sepakan percuma yang diambil sebuah kelab amatur Amerika Syarikat (AS) amat berbisa sehingga menyebabkan gawang gol lawan mereka roboh.

Advertisements

Situasi ini berlaku dalam perlawanan terbaru United Premier Soccer League (UPSL/liga amatur AS) antara Boston Street FC dan GZS Bridgeport FC.

Advertisements

Pada minit ke-58, GZS mendapat kelebihan beraksi apabila dianugerahkan sepakan percuma oleh pengadil.

Advertisements

Advertisements

Lantas, seorang pemain bertindak melakukan rembatan kencang ke arah gawang Boston Street FC.

Rembatan tersebut berjaya dinafikan penjaga gol pelawat tetapi itu mengakibatkan gawang gol tersebut roboh.

Advertisements

Situasi ini cuba dimanfaatkan seorang pemain GZS lain untuk mendapatkan gol dengan menolak bola melepasi gawang yang roboh.

Walau bagaimanapun, pemain-pemain GZS hampa apabila pengadil memaklumkan gol tersebut tidak akan dikira. Selepas gawang gol Boston dibaiki, perlawanan diteruskan dengan GZS meraih kemenangan 1-0.

Advertisements

Selepas video insiden itu dimuatnaik ke platform media sosial Boston, video tersebut mendapat maklum balas ramai pengguna media sosial termasuk juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram