Gol selebriti terkenal, Jep Sepahtu di bumi Jepun menjadi bualan peminat baru-baru ini.
Ini kerana gol selebriti berusia 40 tahun itu terhasil menerusi sepakan percuma bersama pasukannya, SuperLawak FC. Gol tersebut dihasilkan Jep sdalam aksi persahabatan pasukan itu di Osaka, Jepun.
Apa yang menarik, bola sepakan Jep bukan saja melepasi benteng pemain lawan. Malah, penjaga gol lawan dilihat terpaku apabila bola sepakannya menerjah jaring.
Sebaik video gol itu dikongsikan di platform rasmi SuperLawak, ramai peminat teruja melihat gol Jep.
Seorang pengguna Instagram bernama Afif Fauzannn menggelar beliau pakar sepakan percuma. “Hebat pakar sepakan percuma,” katanya di ruang komen.
Seorang lagi peminat bernama Rusyaidi Hamizol pula menyifatkan permainan Jep persis legenda Itali, Andrea Pirlo. “Memang betul-betul Pirlo,” ujarnya.
Turut sama menyertai SuperLawak di Osaka ialah pengulas Astro Arena, Wan Khairil Azwa Wan Jusoh, Tomok, Pak Ya Sepahtu, Rahim Sepahtu dan Shah Slam.