Sergio Aguero Pilih Kekal Di Sri Pahang
Transfer
Sri Pahang FC
Advertisements

Kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero dijangka kekal bersama pasukan itu biarpun khidmatnya menarik minat pasukan-pasukan luar.

Khabar ini dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran menerusi satu ciapan di X semalam.

Sebelum ini, Persija Jakarta dilaporkan berminat mendapatkan bekas pemain perancang Melaka United itu bagi menambah sengat di bahagian serangan mereka.

Advertisements

Selain Persija, Avineshwaran turut mendedahkan beberapa kelab Indonesia turut berminat mendapatkan khidmat Aguero.

Bagaimanapun, pemain Harimau Malaya berdarah Argentina itu dilaporkan mahu kekal bersama Tok Gajah sehingga tamat kempen Liga Super musim 2023.

Dengan baki perlawanan Liga Super sehingga Disember ini, Sri Pahang pastinya mahu menamatkan kempen pada kedudukan tiga teratas buat kali pertama sejak 2019.

Advertisements

Ketika ini, skuad Tok Gajah menduduki tangga keempat liga dengan 44 mata, enam mata di belakang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang menduduki tangga ketiga.

Dengan Selangor memiliki 52 mata di tempat kedua, peluang masih terbuka buat Aguero dan Sri Pahang untuk mengejar kedua-dua pasukan dengan baki empat perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram