Sergio Ramos Tak Endah Kontrak Lumayan Arsenal Dan Sertai PSG
Eropah
Advertisements

Setelah meninggalkan Real Madrid, Sergio Ramos menerima beberapa tawaran yang baik dari beberapa kelab dan salah satunya ialah tawaran dari kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Arsenal. Walaupun ditawarkan kontrak yang lumayan jika menyertai Arsenal, beliau menolak tawaran itu dan mengambil keputusan untuk menyertai kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dengan kontrak selama 2 tahun.

Mengapa Sergio Ramos menolak Arsenal?

Walaupun usianya sudah menjangkau 35 tahun, namun beliau mahu terus beraksi di tahap yang tertinggi. Seperti kita sedia maklum, Arsenal bukanlah satu kuasa besar bola sepak Eropah dan untuk musim yang akan datang, Arsenal tidak layak beraksi di Liga Juara-Juara Eropah.

Advertisements

Jika memilih untuk menyertai Arsenal, Sergio Ramos ditawarkan gaji lumayan iaitu sebanyak 17 juta euro setahun untuk kontrak selama 2 tahun yang mana ianya melebihi gaji beliau ketika beraksi bersama Real Madrid.  Ketika di Real Madrid, beliau menerima 12 juta euro setahun dan beliau diminta untuk mengurangkan gaji jika mahu terus beraksi di Santiago Barnabeu.

Walaupun kontraknya tidak disambung namun, Real Madrid telah mengangkat beliau sebagai salah seorang ‘legend’. Sumbangan beliau sangat besar buat kelab. Untuk rekod, Ramos menyertai Real Madrid dari Sevilla pada tahun 2005 dan membantu The Galacticos merangkul banyak kejuaraan liga dan kejuaraan di peringkat Eropah.

Apa yang PSG tawarkan kepada Sergio Ramos?

Advertisements

Setelah Ramos membuat keputusan untuk meninggalkan Real Madrid, PSG dengan pantas menghubungi pihak Ramos untuk membuat tawaran. Pastinya PSG mahu membentuk semula pasukan dengan kemasukan pemain-pemain bertaraf dunia selepas mempamerkan aksi tidak konsisten musim lepas.

Selepas berbincang dengan pihak Ramos, akhirnya kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dan Ramos bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan oleh kelab gergasi Perancis itu. PSG menawarkan kontrak yang menyamai kontrak Ramos di Real Madrid. Namun jika ditambah dengan bonus, ianya mencecah 15 juta euro setahun. Kontrak selama 2 tahun ini akan mengekalkan beliau di Paris sehingga 2023.

Video pengenalan Sergio Ramos sebagai pemain PSG di bawah.

Advertisements
Sumber Youtube PSG
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram