Sesi Pendengaran Kes 7 Pemain Harimau Malaya Di CAS Selesai
MakanBola
Malaysia NT

Sesi pendengaran melibatkan kes 7 pemain warisan Harimau Malaya yang berlangsung di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah pun selesai semalam.

Isu melibatkan 7 pemain kacukan negara iaitu Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Hector Hevel, Rodrigo Holgado, Facundo Garces, Imanol Machuca dan Gabriel Palmero kini semakin hampir menuju penamat.

Kesemua 7 pemain ini terdahulu disabitkan kesalahan di atas kes pemalsuan dokumen yang membolehkan mereka beraksi buat Malaysia sebelum dikenakan penggantungan oleh FIFA pada September lalu.

Rayuan dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada pihak CAS sebaik memperoleh keputusan akhir oleh FIFA dan sesi pendengaran kes ini telah ditetapkan pada 26 Februari (Khamis).

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, sesi pendengaran telah pun selesai pada awal pagi hari Jumaat waktu Malaysia dan jangkaan keputusan akhir akan diumum seawal minggu hadapan.

”Selesai pendengaran semalam, keputusan rayuan 7 pemain Harimau Malaya di CAS dijangka minggu depan,” lapor Zulhelmi Zainal Azam di laman X beliau.

Hal ini menyaksikan peminat bola sepak tempatan terpaksa menanti sekali lagi untuk mendapatkan jawapan berkenaan kes yang menggemparkan ramai ini baik di dalam mahupun luar negara.

Seandainya keputusan ini memihak rayuan FAM, kesemua 7 pemain ini boleh kembali beraksi tanpa sebarang isu namun jika sebaliknya, hukuman penggantungan asal akan kembali bersambung.

Claim Money Packet TnG