“Setiap Aksi Ibarat Final” – Fernando Forestieri
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang sensasi JDT, Fernando Forestieri mengakui aksi JDT berdepan Ulsan Hyundai esok amat penting dan bukan sekadar aksi ‘membalas dendam’.

Walaupun semangat membalas dendam itu membara, Forestieri tetap mengutamakan semangat berpasukan melebihi keinginan beliau untuk perlawanan esok.

“Saya mahu membalas dendam kerana kita bermain di gelanggang sendiri. Saya mahu membantu pasukan, kita akan lihat esok sama ada saya diturunkan atau tak. Jika saya berada dalam kesebelasan utama, perkara penting bukannya membalas dendam tetapi membantu antara satu sama lain.” ujar Forestieri.

Advertisements

Forestieri berpandangan bahawa kerjasama berpasukan sewaktu bermain adalah lebih penting untuk menampilkan aksi terbaik JDT berbanding fokus terhadap misi balas dendam.

“Saya dapat bantu rakan sepasukan saya, itu lebih penting daripada diri saya. Jadi, kita akan lihat esok, saya bukan jurulatih. Saya akan lihat sama ada saya diturunkan atau tidak esok.” tambahnya lagi.

Fernando Forestieri juga sedang dalam misi memburu gol pertama dalam saingan ACL ketika ini.

Advertisements

JDT kini bakal berdepan Ulsan Hyundai digelanggang keramat Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi keempat kumpulan I.

JDT perlu meraih mata semaksimal mungkin bagi terus menghidupkan peluang mereka untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati saingan ACL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram