Shahrel Yakin Dan Percaya Dengan Pilihan Tan Cheng Hoe
Dunia
FAM
Advertisements

Penyerang Selangor FC, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi tampil menjelaskan bahawa setiap pemain yang dipilih menyertai skuad kebangsaan dibawah kendalian Tan Cheng Hoe ketika ini merupakan pemain yang telah berjaya menampilkan persembahan yang baik sepanjang musim.

Pemain yang berusia 27 tahun ini menyatakan bahawa rintangan yang bakal ditempuh oleh para pemain agak mencabar ekoran perebutan slot 24 pemain terakhir. Seramai 24 pemain akan dipilih Tan Cheng Hoe untuk dibawa ke Singapura.

Shahrel bagaimanapun tetap positif dengan potensi semasa dirinya dan rakan sepasukan yang lain untuk mengharungi cabaran Piala AFF tidak lama lagi.

Advertisements

“Setakat beberapa hari yang lepas, saya yakin dan percaya pemain yang jurulatih panggil kali ini semuanya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk hadapi cabaran Piala AFF,” kata Shahrel kepada Bernama.

Pemain yang lebih mesra dengan panggilan Eky ini turut optimis dengan keupayaan skuad Harimau Malaya. Menurutnya, para pemain negara sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mempamerkan aksi cemerlang di kejohanan Piala AFF.

Skuad Harimau Malaya akan bertempur pada aksi pertama menentang Kemboja pada Isnin depan, 6 Disember 2021.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram