Shahrul Nizam Tak Sangka Jadi Kapten Terengganu
Liga Super
TFC
Advertisements

Pemain pertahanan Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni mengakui tidak menyangka bahawa akan diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan bagi musim 2023 ini.

Beliau optimis mampu menggalas tugas tersebut meskipun baru berusia 25 tahun.

“Saya tidak pernah terfikir yang saya akan dipilih sebagai kapten. Saya tidak dilahirkan di Terengganu, dan saya tak sangka di usia saya ketika ini boleh terpilih.

Advertisements

“Tetapi keputusan telah dibuat. Saya akan cuba yang terbaik untuk memimpin pasukan saya.

Shahrul Nizam atau lebih dikenali sebagai Nijey berkata, beliau akan sentiasa memastikan prestasi yang positif ditampilkan dari masa ke semasa walaupun ramai muka baharu pada musim ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pasukan Terengganu bakal memberikan aksi yang terbaik untuk menjulang trofi pertama Piala Sumbangsih bagi aksi pembukaan Liga Super nanti.

Advertisements

“Pada musim ini, kami mempunyai ramai pemain baharu. Saya akan katakan untuk memperbaharui pasukan pada tahap terbaik memerlukan masa,” kata Shahrul Nizam dipetik daripada SNE Sports.

“Kami akan berikan sepenuh jiwa dan persembahan yang terbaik demi membawa pulang Piala Sumbangsih,” katanya lagi.

Piala Sultan Haji Ahmad Shah dijadualkan pada esok hari bersamaan dengan 24 Februari ini menyaksikan Terengganu akan bertemu Johor Darul Ta’zim di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram