Tenang Bersahaja, Shahrul Saad Buat Penyerang Ulsan Terkulai Layu
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain pertahanan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahrul Saad terus konsisten menampilkan aksi yang dominan ketika menjulang JDT untuk mara ke pusingan 16 terbaik.

Pertahanan kebal itu kembali dalam percaturan pasukan selepas diberi rehat untuk memberi peluang kepada pemain lain memperoleh aksi di pentas berprestij itu.

Kelibat pemain berusia 28 tahun itu berada dalam kesebelasan utama Harimau Selatan dan membentuk gandingan bersama Matthew Davies dan juga Shane Lowry menyukarkan misi pencarian gol kelab gergasi Korea itu.

Advertisements

Sepanjang 90 minit permainan, Shahrul konsisten untuk terus mengawal keadaan dengan aksi bertenaga sehingga membuat barisan serangan Ulsan buntu untuk melepasi kawalannya.

Pemain yang mesra disapa ‘Badak’ itu telah pun melakukan 2 hadangan bersih, 1 halangan cubaan, 1 pemintasan, 1 bentesan sepanjang perlawanan.

Dalam pertarungan bola pula, Shahrul berjaya memenangi 3 daripada 4 manakala memenangi kesemua perbutan bola di udara.

Advertisements

Persefahaman yang baik selain komunikasi yang tidak putus untuk mengawal gawang gol JDT telah menyebabkan Farizal Marlias tidak berdepan tugas yang begitu sukar pada petang ini.

Keupayaan JDT untuk mengatur perlawanan dari bawah memberi sedikit kelebihan dan penguasaan bola selain ketepatan hantaran beliau telah menjadi kunci dalam perlawanan ini.

Aksi kerasnya juga telah menggagalkan beberapa percubaan untuk mendapatkan gol tambahan sekaligus mengesahkan slot kepusingan berikutnya.

Advertisements

JDT mengakhiri saingan Kumpulan I dengan 13 mata, meninggalkan pesaing terdekat iaitu Kawasaki Frontale di tempat kedua dengan 11 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram