Advertising
Shan United & PSM Makassar Bakal Cabar Kekuatan Terengganu
MakanBola
PSM Makassar/Shan United FC

Terengganu FC bakal berdepan cabaran hebat Shan United dan PSM Makassar apabila saingan Shopee Cup kembali bersambung pada Januari 2025.

Skuad Peteh yang dibimbing Badrul Afzan Razali bakal ditentang Shan United pada 8 Januari 2025. Ini disusuli aksi menentang PSM Makassar pada 22 Januari.

Ad

Prestasi semasa menyaksikan Terengganu kekal tanpa kalah dalam tujuh perlawanan semua kejohanan termasuk Piala Malaysia. Peteh merekodkan lima kemenangan dan dua seri.

Ad

Jentera serangan Terengganu diketuai kapten, Safawi Rasid turut merekodkan 15 jaringan. Barisan pertahanan Peteh diketuai Shahrul Nizam Ros Hasni hanya dibolosi sebanyak enam kali.

Lawan pertama Terengganu untuk tahun 2025, Shan United menunjukkan mereka bukan calang-calang pasukan dari segi prestasi. Ini kerana pasukan itu masih belum tewas dalam Myanmar National League (MNL) musim 2024/25.

Ad

Shan’s Warriors yang dibimbing jurulatih Jepun, Hiroki Ono merekodkan 13 kemenangan dan satu seri setakat ini.

Ad

PSM tidak kurang hebatnya dengan merekodkan satu kekalahan daripada 15 perlawanan Liga 1 Indonesia musim 2024/25. Kekalahan itu dicatatkan pada 15 September lalu apabila PSM bertemu dengan Arema.

Ad

Sejak itu, bekas juara Liga 1 musim 2022/23 menunjukkan prestasi konsisten untuk berada dalam kelompok enam pasukan terbaik liga.

Mark Sekyi dan Ye Yint Aung bakal menjadi sandaran gol utama Shan United. Ini kerana duo berkenaan masing-masing menjaringkan enam gol buat Shan’s Warriors dalam liga.

Thet Wai Moe dan Hein Phyo Win pula menjadi pencetus kreativiti buat bekas juara MNL itu. Kedua-duanya masing-masing merekodkan lima dan empat bantuan gol untuk Shan United.

Penyerang Slovenia, Nermin Haljeta merupakan penjaring terbanyak Juku Eja dengan lima gol. Bek tengah Cape Verde, Yuran Fernandes mencipta empat bantuan gol buat PSM.

Selepas tewas sekali dan kalah sekali dalam saingan Shopee Cup, Terengganu perlu meraih kemenangan untuk menghidupkan peluang layak ke peringkat seterusnya.

Hal sama turut dihadapi Shan United. Selepas tewas dalam dua aksi awal Kumpulan A, aksi menentang Terengganu dilihat misi hidup mati buat anak buah Ono.

PSM turut berdepan situasi sama seandainya mereka tewas kepada kelab Kemboja, Svay Rieng pada 8 Januari. Svay Rieng sudah membuktikan mereka pasukan liat dengan mengejutkan Terengganu pada Ogos lalu.