Advertisements
Shane Lowry Akui Faisal Halim & Faiz Nasir Pemain Bijak
Dunia
MakanBola
Terengganu + JST/JDT

Pertembungan dinantikan sebahagian peminat bola sepak Malaysia di Liga Super Malaysia 2022 kini kunjung tiba dengan JDT & Terengganu bertembung ketika kedua-dua pasukan dalam kemuncak prestasi.

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT) kelahiran Perth, Australia, Shane Lowry menzahirkan perasaan risaunya dengan kelincahan Faisal Halim & Faiz Nasir.

Walaupun keberadaan Faisal Halim dalam perlawanan menentang JDT malam ini tidak dapat dipastikan, Shane Lowry tetap mahu pemain JDT berwaspada dan berhati-hati dengan segala kemungkinan.

“..saya tidak berapa pasti sama ada Tcheche dan Petrus bermain atau tidak selepas mereka mengalami kecederaan pada pertembungan separuh akhir Piala FA tapi kami perlu bersedia kerana kedua-dua pemain mungkin akan diturunkan bertemu JDT dan mampu menggugat benteng pertahanan.

“Apapun, saya tidak nafikan Terengganu amat kebal di laman sendiri dan turut dibarisi pemain hebat selain mendapat sokongan padu daripada penyokong dan sudah tentu ia bakal menjanjikan perlawanan menarik dan pastinya ramai peminat melabelkan perlawanan itu nanti ibarat pra-final Piala FA.

“..kami akan bersedia dengan perancangan yang lebih kukuh oleh jurulatih dan akan turun dengan keyakinan tinggi dengan berbekalkan motivasi tinggi selepas mempamerkan aksi konsisten pada dua perlawanan lalu,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.

“Kami juga harus berwaspada dengan kelincahan dua pemain sayap kiri dan kanan Terengganu iaitu Faisal Halim dan Faiz Nasir yang begitu pantas dan bijak menyusup masuk ke dalam kotak penalti,” tambahnya lagi.

Terengganu dan JDT bakal berentap malam ini (10 Oktober 2022) jam 9.00 malam di Gong Badak, Terengganu untuk saingan Liga Super Malaysia 2022.