Shin Tae-yong Ikut Rentak Kim Pan-gon
MakanBola
PSSI/UHD

Dua jurulatih handalan Korea Selatan, Shin Tae-yong dan juga Kim Pan-gon kini membawa haluan yang sama.

Saingan bola sepak di Asia Tenggara kini semakin hangat memasuki musim 2026/27 dengan pasukan-pasukan mula memperkuatkan langkah masing-masing.

Pada pertengahan musim lalu, Selangor FC mengambil keputusan besar apabila melantik Pan-gon, bekas ketua jurulatih Harimau Malaya untuk mengemudi pasukan.

Gergasi Merah Kuning berjaya menamatkan saingan Liga Super 25-26 di tangga ketiga selain melangkah ke pentas separuh akhir Piala Malaysia musim ini.

Sebelum itu, jurulatih berusia 57 tahun itu bersama kelab gergasi Korea, Ulsan HD dan berjaya membawa pasukan muncul juara K-League musim 24-25. 

Keputusan sama diambil oleh bekas ketua jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong apabila kembali ke Indonesia untuk melatih Persija Jakarta.

Selepas meninggalkan Timnas Indonesia, Tae-yong menjadi pengganti Pan-gon di Ulsan HD namun tidak bertahan lama. Selepas itu, beliau bergelar ejen bebas selama lapan bulan sebelum menyertai Persija Jakarta.

Kehadiran beliau sudah pasti bagi membantu untuk mengembalikan prestasi Persija yang menamatkan saingan Liga 1 Indonesia pada kedudukan ketiga dengan Persib Bandung kekal menjuarai takhta pada musim ini.