Shin Tae-yong Ke Eropah Runding Kelab Lepaskan Pemain Untuk Piala AFF
Dunia
H. Mochamad Iriawan
Advertisements

Ketua jurulatih timnas Indonesia, Shin Tae-yong difahamkan berada di Eropah ketika ini untuk melakukan rundingan bersama kelab untuk melepaskan pemain mereka.

Pengendali kelahiran Korea Selatan ini dilaporkan mahu membawa skuad terkuatnya dalam kejohanan Piala AFF kali ini dengan nama-nama dalam senarainya iaitu Elkan Baggott dan Sandy Walsh berada dalam radarnya.

Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan, Shin Tae yong kini berada di Eropah untuk bertemu dengan pihak pengurusan Gillingham FC untuk membawa pemain muda tersebut memperkuatkan pasukan.

Advertisements

Selain itu, beliau juga turut ke Belgium dan berada di KV Machelen bagi mendapatkan khidmat pemain naturalisasi baharu mereka, Sandy Walsh untuk membuat penampilan pertama mereka.

Seperti yang sedia maklum, pihak kelab tidak memiliki kewajipan untuk melepaskan para pemain kerana pertandingan ini dijalankan di luar kalendar FIFA.

Individu yang disapa Iwan Bule ini juga berharap agar usaha pengendali berusia 52 tahun ini akan membuahkan hasil yang terbaik bagi memacu kejayaan bola sepak Indonesia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram