Dunia
Ronaldo Kwateh IG
Advertisements

Kejayaan Shin Tae-yong dalam arena kejurulatihan sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Yang terkini adalah beliau berjaya membawa Indonesia menjadi naib juara Piala AFF Suzuki 2020 di mana rata-rata pemain Indonesia merupakan pemain muda.

Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu kini meneruskan cara beliau yang tersendiri dalam membentuk skuad terbaik buat Indonesia. Untuk tempoh FIFA Matchday bulan ini, walaupun pasukan Harimau Malaya ‘sedang tidur’, pasukan Indonesia tidak duduk diam apabila bakal bertemu Timor Leste dua kali iaitu pada 24 Januari dan 27 Januari akan datang.

Seramai 27 pemain Indonesia telah dipanggil oleh Shin Tae-yong bagi menggalas cabaran Sang Garuda dalam 2 perlawanan tersebut. Dalam 27 pemain yang dipanggil, pastinya tumpuan terarah kepada nama Ronaldo yang dipanggil ke skuad kali ini.

Advertisements

Ronaldo yang disebutkan adalah Ronaldo Joybera Kwatek. Pemain muda berusia 17 tahun ini telah mendapat kepercayaan Shin Tae-yong untuk menyarung jersi Sang Garuda. Ronaldo merupakan pemain yang beraksi di sayap kanan dan mampu beraksi sebagai penyerang.

Walaupun baru berusia 17 tahun, Ronaldo telah tampil dalam 9 perlawanan Liga Indonesia bersama Madura United dan kebanyakan penampilan beliau adalah selaku pemain gantian. Panggilan ke skuad kebangsaan ini pastinya akan memberikan pendedahan yang berguna buat Ronaldo.

Perlawanan FIFA Matchday kali ini dilihat sebagai peluang terbaik buat Shin Tae-yong untuk menguji pemain-pemain lain yang tidak dipanggil ke Piala AFF Suzuki 2020 seperti Terens Puhiri, Marselino Ferdinan dan Muhammad Rafli. Tiada nama Egi Maulana Vikri dan Asnawi Mangkualam untuk panggilan kali ini.

Advertisements
Timnas Indonesia 1 Shin Tae-yong Kejutkan Dunia, Panggil Ronaldo 17 Tahun Untuk Lawan Timor Leste
Panggilan Timnas Indonesia untuk FIFA Matchday bulan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram