Shin Tae-Yong Kini Seorang Model
Dunia
PSSI
Advertisements

Pengendali pasukan bola sepak Indonesia, Shin Tae-Yong kini menceburi bidang permodelan setelah dipilih menjadi model kepada satu jenama kopi iaitu Kopi Luwak. Kopi Luwak merupakan salah satu jenama kopi yang ternama di Indonesia.

Shin Tae-Yong berkongsi tentang perkara itu kepada pihak media dan wartawan Korea Selatan. Menurut STY, beliau kini sedang dalam satu penggambaran di Bali, Indonesia dan beliau menjelaskan bahawa ini adalah video pengiklanan rasmi kali pertama buat dirinya.

“Saya shooting iklan kopi pertama saya di Bali. ‘Kopi Luwak’ Indonesia,” kata Shin Tae-Yong dalam satu wawancara dengan pihak media itu.

Advertisements

“Sebelum ini ada satu video yang viral ketika saya sedang melatih pasukan kebangsaan Korea Selatan, akan tetapi ini adalah kali pertama saya melalukan video pengiklanan rasmi.”

Pengendali yang berusia 51 tahun itu mengakui dirinya makin popular setelah dilantik mengendalikan timnas Indonesia. Tambah STY, jumlah pengikutnya di Instagram meningkat hari demi hari dan beliau teruja serta gembira dengan situasi itu.

“Jumlah pengikut di Instagram saya daripada 100,000 kini meningkat kepada 600,000. Dan sekarang saya memiliki 8662,000 pengikut. Setiap kali saya membuka akaun saya, jumlah pengikutnya naik. Rasanya amatlah gembira.” ujar STY sambil tertawa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram