Advertising
Shopee Cup: Buriram United Mahu Jadikan KL City Mangsa Kebangkitan
MakanBola
Buriram United

Pengendali Buriram United, Osmar Loss Vieira mahu menjadikan aksi Shopee Cup menentang KL City FC sebagai medan kebangkitan semula pasukan itu.

Sebelum ini, Thunder Castle terpaksa menelan kepahitan apabila tewas 1-0 kepada Port FC dalam aksi terbaru Thai League 1 pada 2 Februari lalu. Ini juga kekalahan kedua Buriram dalam liga untuk musim 2024/25.

Ad

Atas sebab itu, Vieira melihat aksi terakhir Kumpulan B itu bukan saja peluang membawa Buriram mara ke separuh akhir Shopee Cup.

Ad

Malah, ini peluang terbaik buat anak buahnya untuk bangkit dan kembali meraih kemenangan bersama penyokong di Chang Arena.

“Sudah tentu, amat penting bagi kita beraksi dengan yakin dalam aksi di gelanggang kita. Aksi terakhir kita dalam Thai League 1 menyaksikan kita tewas,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

Ad

“Jadi, kita nak pulihkan keyakinan penyokong dengan kemenangan. Saya mahu menjemput penyokong untuk hadir memberi sokongan kepada kita.

Ad

“Saya tahu semua orang merasa kecewa (dengan apa yang berlaku) dalam aksi sebelumnya, kita mahu menang demi penyokong.”

Ad

Buriram United bakal berdepan KL City di Chang Arena pada 6 Februari. Seandainya mereka menang, Thunder Castle bakal mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Shopee Cup.