Advertising
Shopee Cup: Kesilapan Mudah Buat Terengganu Dihukum BG Pathum
MakanBola
BG Pathum United
Sponsors

Kapten Terengganu FC, Safawi Rasid mengakui kesilapan mudah yang dilakukan pasukan itu menyebabkan mereka dihukum kelab Thailand, BG Pathum United.

Aksi terakhir Kumpulan A Shopee Cup menyaksikan The Rabbits dan Peteh berentap untuk memburu slot juara kumpulan. Kedua-dua pasukan sedar hanya kemenangan yang menjamin kemaraan ke separuh akhir kejohanan.

Ad

Terengganu pada awalnya meraih gol pendahuluan menerusi pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid.

Ad

Hajat juara Piala Malaysia 2001 itu untuk meraih kemenangan dalam aksi tersebut musnah. Ini selepas BG Pathum menyumbat empat gol dalam tempoh 21 minit.

Dua gol lewat Safawi membuatkan barisan pemain The Rabbits cemas. Pada akhirnya, itu tidak cukup untuk menghalang BG Pathum mara selaku juara Kumpulan A.

Ad

Safawi mengakui Terengganu perlu mengurangkan kesilapan mudah seperti yang berlaku dalam aksi menentang BG Pathum.

Ad

Ini kerana jika aspek tersebut dapat ditambah baik, ini akan membantu mereka menamatkan kempen musim 2024/25 dengan baik.

Ad

“Mungkin selepas ini, kita perlu bekerja keras (ketika latihan) untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan mudah.

“Sebab kita dibolosi tiga kali dalam tempoh 16 minit. Jadi, bagi kita, ia sesuatu yang mengecewakan. Selepas ini, kita akan fokus kepada saingan liga,” katanya selepas perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Terengganu menamatkan kempen Kumpulan A Shopee Cup di tangga ketiga dengan tujuh mata.

Kini, fokus Peteh beralih ke saingan Liga Super. Selepas ini, Terengganu akan menentang Negeri Sembilan FC pada 9 Februari.