Shopee Cup: Kim Pan-gon Tak Menyesal
MakanBola
Selangor FC

Jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon mengakui tidak terganggu dengan idea pertukaran pemain lebih awal dalam aksi final pertama Shopee Cup menentang Buriram United.

Hal ini dinyatakan jurulatih Korea Selatan itu apabila ditanya sama ada pertukaran pemain awal mampu mengubah keputusan perlawanan tersebut.

Selangor tampak lebih menyerang apabila Zikri Khalili masuk pada separuh masa kedua menggantikan Richmond Ankrah. Ini terbukti dengan statistik 12 percubaan dengan satu percubaan tepat ke arah gol.

Salah satu daripadanya hampir membuahkan hasil menerusi Hugo Boumous. Walau bagaimanapun, kem Selangor hampa apabila percubaan pemain tengah Perancis itu terkena tiang.

Pan-gon menyifatkan Selangor sudah memberikan yang terbaik terutama pada separuh masa kedua. Pada masa sama, beliau juga percaya anak buahnya mampu bangkit dalam aksi final kedua.

“Apa yang kita boleh katakan, kita sudah cuba yang terbaik pada separuh masa kedua. Pada minggu lepas, kita cuba nasib dengan melakukan pertukaran pemain.

“Kita cuba berikan yang terbaik tapi sebenarnya itu yang kita mungkin patut lakukan (pertukaran pemain awal), saya tak menyesal.

“KIta pandang ke depan, saya tak menyesal. Kita tak sabar (untuk dapatkan) gol (pada aksi final kedua). Saya fikir secara teknikal, pasukan teknikal kita akan bersedia, kita akan bangkit,” katanya dalam sidang media pascaperlawanan.

Selangor tewas 1-0 kepada Buriram United hasil jaringan Suphanat Mueanta. Aksi final kedua Shopee Cup akan berlangsung di Stadium Buriram pada 27 Mei ini.