Advertising
Shopee Cup: KL City Sudah Kaji Cara Lion City Sailors Bermain
MakanBola
Lion City Sailors FC

Pengendali KL City, Miroslav Kuljanac sudah mengkaji corak permainan yang ditampilkan oleh Lion City Sailors menjelang aksi ke-3 kumpulan B Shopee Cup pada Khamis.

Setelah mencatatkan dua kemenangan sebelum ini, KL City terbang ke Kota Singa dengan misi meneruskan momentum apabila menentang Lion City Sailors dalam aksi kumpulan B.

Ad

Sementara itu, Lion City Sailors pula turun dalam aksi kali ini berbekalkan semangat penyokong di halaman sendiri dalam usaha untuk bangkit dari 2 kekalahan yang dialami sebelum ini.

Ad

Menurut Kuljanac, beliau sudah mengkaji corak permainan pihak lawan dan menjangkakan Lion City Sailors bakal tampil menyerang seperti biasa ketika turun menentang anak-anak buahnya.

“Saya telah menganalisis pasukan Lion City Sailors dan cara mereka bermain (dan) mereka tidak banyak mengubah gaya permainan, ujar Kuljanac di sesi sidang media.

Ad

“Saya pasti mereka akan memasuki perlawanan ini dengan cara yang sama dan menyerang kami seperti biasa,” komen Kuljanac lagi memetik laporan Lion City Sailors.

Ad

Walaupun bakal turun tanpa khidmat Brendan Gan dan Jovan Motika, beliau yakin para pemain sedia ada mampu memikul tanggungjawab ini dan bakal memberikan aksi terbaik di Kota Singa.

Ad

“Tidak akan mudah tanpa mereka (Gan dan Motika), tetapi walaupun mereka tidak bersama kami, kami akan melakukan yang terbaik.”

“Pemain gantian bersedia untuk membuktikan kemampuan mereka, dan saya harap pemain yang masuk menggantikan mereka 100% bersedia untuk berjuang demi meraih mata baru.”

Aksi Lion City Sailors menentang KL City bakal diadakan pada Khamis, 9 Januari di Stadium Jalan Besar dengan sepak mula dijadualkan tepat jam 7.45 malam.